|

KAMI MENJEMPUT MANA-MANA INDIVIDU YANG BERMINAT DENGAN PROJEK YANG AKAN KAMI JALANKAN INI DAN MEMPUNYAI MODAL YANG MENCUKUPI BAGI MEMBANGUNKAN PROJEK AGROTOURISM INI. HANYA TINGGAL SECTION B SAHAJA YANG MASIH BELUM DIBANGUNKAN SEPENUHNYA. JANGAN TERLAMBAT!!!
PERTANYAAN : NIZAM - 019756 0124
PERKEMBANGAN TERKINI KAT
* KINI DIBUKA SEPENUHNYA.. NANTIKAN BERBAGAI ACARA YANG TELAH DIRANCANG UNTUK ANDA SEMUA...
SIAP UNTUK BEROPERASI PEMANDANGAN DARI SISI
PEMANDANGAN DARI HADAPAN PUSAT "CAR WASH" TURUT DISEDIAKAN
PEMANDANGAN PADA WAKTU MALAM BERHADAPAN DENGAN JALAN BESAR KULAI-KOTA
PEMANDANGAN DARI HADAPAN - JALAN KULAI-KOTA TINGGI
PENTAS UTAMA UNTUK AKTIVITI KEBUDAYAAN
20 GERAI UNTUK PELBAGAI JENNIS JUALAN. ANTARANYA GERAI MAKANAN&MINUMAN,
GERAI SAYUR-SAYURAN &BUAH-BUAHAN SERTA GERAI MENJUAL CENDERAHATI
TAPAK CAR WASH YANG SEDANG DALAM PEMBINAAN
- SECARA UMUMNYA SEHINGGA 26/12/2009, KAT BAGI SECTION A TELAH 95% DIBANGUNKAN, HANYA TINGGAL 2 GERAI LAGI YANG BELUM DISEWA. BAGI YANG BERMINAT SILA BERHUBUNG DENGAN PIHAK KAMI DENGAN SEGERA.
- TAPAK BAGI PASAR TANI MINI JUGA SEDANG DISIAPKAN DAN DIJANGKA BOLEH MEMUATKAN SERAMAI 50 TAPAK PADA SESUATU MASA. MENGIKUT RANCANGAN PASAR TANI MINI INI AKAN DIADAKAN PASA SETIAP HARI AHAD.
- BAGI YANG BERMINAT MENCUBA SESUATU YANG BARU, KAMI INGIN MENAWARKAN SECTION B KAT UNTUK DIBANGUNKAN BERSAMA.
- SECARA KASARNYA, SELURUH KAT SECTION A & B AKAN DIBANGUNKAN SEPENUHNYA PADA JUN 2010. INSYA ALLAH SEMOGA APA YANG DIRANCANG AKAN BERJAYA. AMINN.
KULAIJAYA AGROTOURISM
(yang pertama di KULAIJAYA)
KERTAS KERJA
________________________________
Cadangan mewujudkan ‘KULAIJAYA AGROTOURISM’
sebagai destinasi pelancongan tani
‘KULAIJAYA AGROTOURISM’ di LOT NO 646 G2
KM1 JALAN KULAI –KOTA TINGGI (BERSEBELAHAN PETRONAS)
PEMAJU / PENGUSAHA
‘PERNIAGAAN SEGAR JITU’
Lot 646 G2 KM 1 Jalan Kulai-Kota Tinggi
81000 Kulaijaya Johor
DENGAN KERJASAMA
BALQIS AGROTECH
001769144-M
DISEDIAKAN OLEH
MOHD NIZAM BIN ISMAIL
Marketing and Project Co-Ordinator
PENGENALAN - TARIKAN PELANCONGANTANI (agrotourism)
Potensi yang ada dalam industri pelancongan di Malaysia masih belum diterokai sepenuhnya.
Masih tidak mencukupi untuk hanya menjual destinasi pelancongan usang yang sama untuk
menarik para pelancong negara kini mempunyai banyak pilihan destinasi pelancongan yang
setaraf dengan negara-negara maju di dunia. Walaupun Negara menumpukan usaha ke
arah perindustrian, namun pelancongan juga boleh diberikan perhatian serius kerana
dengan terbinanya kemudahan infrastruktur untuk industri, pelancongan boleh mengguna-sama
Kemudahan ini untuk meningkatkan aktivitinya. Pada tahun lepas, negara berjaya menarik
lebih dari 16.7 juta orang pelancong yang berbelanja hampir RM 30 bilion. Adalah dijangkakan
menjelang tahun 2010, kedatangan pelancong meningkat kepada 20 juta orang dengan nilai
perbelanjaan mereka dijangka mencecah RM 50 bilion. Dengan peningkatan kemudahan
infrastruktur yang sedia ada, ditambah pula dengan promosi agresif Kementerian
Pelancongan di luar negara adalah dijangkakan kedatangan pelancong luar dijangka terus
meningkat di tahun-tahun akan datang.Pelancongan boleh membantu industri pertanian mencapai
keseimbangan dengan sektor ekonomi lain. Berbagai aktiviti boleh dirancang untuk mempromosikan
pelancongantani (agrotourism) seperti homestay, farmstay, di mana pelawat boleh berinteraksi
dengan aktiviti pertanian dan alam sekeliling. Aktiviti kebudayaan juga boleh menjadi tarikan kepada pelancong
dan pelawat yang datang ke negara ini. Semoga dengan usaha gigih semua pihak, swasta
dan kerajaan akan membantu meningkatkan aktiviti pertanian dan pelancongan di negara ini dan sekaligus
meningkatkan imej dan populariti negara di mata dunia
1. LATAR BELAKANG
Cadangan mewujudkan KULAIJAYA AGROTOURISM (KAT) ini merupakan langkah paling sesuai
untuk menyahut seruan kerajaan bagi memajukan sektor pelancongan berasaskan pertanian. Potensi
besar yang ada dibidang pelancongantani ini wajar dikembangkan untuk memberikan manfaat bukan
sahaja kepada tuan punya tanaman dan ternakan malahan boleh membantu menambahkan
pendapatan penduduk-penduduk kawasan Kulaijaya sendiri.Aktiviti-aktiviti pertanian dankebudayaan
yang bakal dilaksanakan oleh KAT dengan kerjasama masyarakat setempat akan diperkenalkan
sebagai salah satu produk pelancongan di sini. Secara tidak langsung, perkampungan sekitar
Kulaijaya akan dapat diperkenalkan diperingkat negeri,kebangsaan malahan mungkin
juga di peringkat antarabangsa.Dengan sokongan Jabatan Pelancongan Johor, JOTIC,Majlis Tindakan
Pelancongan Negeri Johor (MTPNJ)Majlis Perbandaran Kulaijaya,Pejabat Daerah Kulai dan
kepakaran KAT dalam menguruskan aktiviti pelancongantani ini, adalah dijangkakan projek ini mampu
memberikan pulangan kepada semua pihak.
OBJEKTIF PROJEK
a. Mewujudkan homestay / chalet dengan prasarana yang sesuai bagi penginapan pelancong atau pelawat
b. Mewujudkan kawasan pertanian dan penternakan (pertanian integrasi) untuk sumber ekonomi berasaskan
pertanian dan penternakan di samping menjadi tarikan penginap di homestay / chalet
c. Mewujudkan kawasan riadah bagi pengunjung dan pelancong
yang menyewa di sini bagi aktiviti-aktiviti sosial dan kekeluargaan
d. Melaksanakan aktiviti kebudayaan sebagai tarikan kepada pengunjung.
e.Penyertaan dari pelajar-pelajar sekolah seperti persembahan zapin dan kuda kepang
f.Mewujudkan tempat perkhemahan dan motivasi bagi pelajar-pelajar sekolah, badan-badan kerajaan dan
swasta
2. PEMILIHAN TAPAK
a. Lokasi
Dicadangkan supaya tapak projek KAT ini dilaksanakan di atas sebidang tanah dengan keluasan
sepenuhnya sebanyak 18 ekar di kawasan Daerah Kulaijaya Johor Darul Takzim.Sebahagian kawasan
yang dicadangkan adalah seperti di bawah:
Kawasan yang kini ditanam dengan tanaman kelapa sawit ini dengan jalan utama Kulai –
Kota Tinggi bersebelahan Petronas seluas 8 ekar.
Kawasan ini dikelilingi oleh taman-taman perumahan antaranya Taman Saga,Taman Mewah,
Taman Semenanjung,Taman Cantik dan tidak jauh ke Felda Taib Andak,Felda Bukit Besar,Felda Sungai
Sayong. Kampung-kampung yang berhampiran pula adalah seperti Kampung Melayu Kulai,Kampung
Pertanian,Kampung Separa,Kampung Air Manis.Sebahagianya pula terletak di sebelah dalam di Taman
Saga seluas 10 ekar yang mengandungi PROJEK TANAMAN PERTANIAN INTEGRASI.Di dalam projek
tersebut terdapat kelapa pandan tanaman cili,terong,jagung dan ternakan lembu,kambing dan ayam
kampong yang akan di usahakan oleh syarikat.
Daerah Kulaijaya pula berada di dalam kawasan Wilayah Pembangunan Iskandar@ Iskandar Malaysia
ini terletak kira-kira 10 km dari Senai dan Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail . Daerah yang
disempadani oleh Daerah Senai disebelah selatan, Daerah Kota Tinggi dan di utaranya Daerah
Simpang Renggam. Oleh kerana daerah Kulaijaya bersebelahan dengan kawasan-kawasan yang pesat
membangun seperti Kawasan Perindustrian Senai, Bandar Putra dan Lapangan Terbang Antarabangsa
Sultan Ismail (LTSI), ini memberikan kesan kepada rancaknya pembangunan di daerah ini.Selain
dari itu kemudahan lebuhraya laluan kedua (Second Link) dan lebuhraya Senai-Desaru (SDE) yang
baru siap dibina juga memudahkan pengunjung terutamanya warga jiran Singapura untuk datang ke sini.
Di kelilingi oleh kampung-kampung di mukim Tanjung Dua Belas .Lokasi sebenar tapak projek
b. Populasi daerah Kulaijaya
Daerah Kulaijaya terletak kira-kira 35km dari bandaraya Johor Bahru.Dengan keluasan 75,122
hektar dan penduduknya sekitar 159,427 orang(bancian 2000).Di antara tahun 2000 - 2006, populasi
Daerah Kulaiaya telah meningkat dengan ketara, walau bagaimanapun kepadatan penduduk daerah
ini masih sekitar 218 orang setiap km persegi. 61% dari penduduk daerah ini berumur di
antara 15 hingga 64 tahun.Penduduk Melayu merupakan penduduk majoriti dengan sebanyak 49%
dan selebihnya Cina 31%, India 15% dan yang lain-lainnya sebanyak 5%. Kebanyakan mereka
terlibat dalam aktiviti perladangan kelapa sawit dan Sektor perkilangan membekalkan majoriti peluang
pekerjaan diikuti oleh sektor pertanian dan sektor awam. Tenaga kerja di sini adalah seramai lebih
122,500 orang dengan 83,500 daripadanya adalah lelaki dan
39,000 lagi wanita.(Bancian 2000) Faktor populasi penting dalam perancangan KAT kerana
kebanyakan aktiviti yang akan dijalankan nanti memerlukan sokongan dan penglibatan semua
lapisan masyarakat.
FAKTOR-FAKTOR YANG MENYOKONG PEMILIHAN TAPAK KAT
a. Lokasi yang begitu strategik
i. Terletak 10 km dari Lapangan Terbang Antarabangsa LTSI,
memudahkan pelancong-pelancong dan pengembara singgah sebelum meneruskan perjalanan
ke destinasi pilihan mereka. Kedudukanya yang bersebelahan jalan Kulai - Kota Tinggi,
memudahkan kedatangan pengunjung yang menggunakan pengangkutan awam.Plaza Tol Kulai
juga tidak sampai 10 km dari tapak lokasi KAT. Terminal bas dan teksi Kulai hanya 5 km. Kesemua
pusat pengangkutan utama di atas membantu memudahkan kedatangan pengunjung ke KAT.Kewujudan
KAT bukan sahaja akan membantu mengekalkan keseimbangan alam sekitar malahan mendekatkan
pengunjung dan pelancong kepada persekitaran hijau yang bersih dan sihat.
ii. Tapak cadangan KAT hanya kira-kira 5 km dari tapak Projek Tanaman Pertanian Integrasi. Di tapak
seluas 10 ekar ini terdapat beberapa projek telah dijalankan oleh pihak syarikat yang boleh
dijadikan tarikan atau dimasukkan sebagai salah satu aktiviti lawatan bagi pengunjung dan penginap KAT
Di antara projek yang terdapat di sini:
• Tanaman FERTIGASI CILI,TERONG,TIMUN
• Tanaman JAGUNG ORGANIK
• Ternakan Lembu dan Kambing
• Kelapa Pandan
b.Menyediakan tapak niaga untuk peniaga-peniaga kecil kawasan Kulaijaya yang berminat untuk
memasarkan produk-produk mereka seperti produk IKS,makanan ringan,kraftangan,makanan
traditional dan sebagainya dengan kadar bayaran yang berpatutan.
3. CADANGAN PROJEK
Branding: KULAIJAYA AGROTOURISM
Setelah mempertimbangkan segala latar belakang dan faktor-faktor di atas,
maka satu perancangan yang kemas dan teratur perlu bagi perlaksanaan
projek KULAIJAYA AGRO TOURISM ini.
4. SYARIKAT PENGURUSAN
Nama: PERNIAGAAN SEGAR JITU & BALQIS AGROTECH
Aktiviti: Syarikat milik tunggal ini telah diasaskan untuk melaksanakan aktiviti pengurusan dan perniagaan
agrotourism
5. MODAL DIPERUNTUKKAN
Sebanyak RM 500,000. diperlukan untuk melaksanakan projek KAT ini. Sebahagian dari projek ini
telah dijalankan dengan modal dari syarikat sendiri
6. PAJAKAN TAPAK PROJEK
Dicadangkan syarikat memajak kawasan tapak projek dari pemillik tanah dengan kadar yang
dipersetujui bersama.
7. OBJEKTIF UMUM SYARIKAT:
1. Berusaha untuk memaksimakan keuntungan setiap tahun dengan penjimatan kos dan meningkatkan
produktiviti.
2. Memperkembangkan perniagaan dan meluaskan pasaran dengan melibatkan diri dengan pelbagai
aktiviti perniagaan tani
3. Melibatkan diri dalam aktiviti pelancongantani (agrotourism) dengan lebih agresif dengan strategik
pasaran yang mantap dan berkesan.
4. Menggunakan segala kemudahan yang ada untuk meningkatkan perniagaan perlancongan tani.
5. Sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik dan memberi kesan kepada pelawat dan pengunjung
yang datang ke KAT
6. Menjadi contoh dan mampu memberi panduan kepada penduduk kampung yang ingin menceburkan
diri dalam aktiviti pertanian dan penternakan
7. Meningkatkan kerjasama dengan agensi kerajaan dan swasta yang terlibat dalam aktiviti pelancongantani
dan pertanian
8. CADANGAN PEMBANGUNAN TAPAK DAN KAWASAN SEKITAR
Pembangunan tapak dari keadaan sedia ada boleh dilakukan secara berperingkat mengikut
kemampuan kewangan dan potensi pasaran.Sebanyak mungkin ladang kelapa sawit
yang sedia ada perlu dikekalkan.Kolam yang ada boleh dibangunkan sebagai pusat aktiviti akuakultur.
FASA I:
Fasa I melibatkan pembangunan awal kawasan KAT dengan infrastruktur penting agar ianya dapat
beroperasi dengan serta merta. Dengan bantuan promosi yang berkesan, KAT sudah boleh menawarkan
beberapa program/pakej yang boleh memenuhi kehendak pelanggan.
• Membina pagar mengelilingi kawasan KAT dan melakukan kerja-kerja landscaping
• Membaikpulih kolam dan kawasan sekitarnya dan menggiatkan aktiviti ternakan ikan kolam dengan
memilih spesis ikan tertentu untuk diternak secara komersial di kolam sedia ada. Seterusnya aktiviti
memancing di kolam ikan air tawar dapat dilakukan. Terdapat lebih kurang 15 spesis ikan air tawar
yang boleh dibiakkan di kolam-kolam ini di antaranya:
• Ikan tilapia merah, tilapia bunga, tilapia hitam
• Ikan Sepat siam
• Ikan Keli Afrika
• Ikan Puyu
• Ikan Patin
• Ikan baung
• Ikan Pacu
• Ikan Haruan
• Ikan Rohu
• Ikan Belida
• Ikan Tongsan
• Ikan Betutu
Contoh ternakan ikan dalam sangkar
• Mengusahakan penanaman pokok-pokok sayuran secara fertigasi seperti:
• Pokok cili
• Pokok terung
• Pokok timun
• Pokok bende
• Pokok jagung
• Pokok rock melon
• Membina tapak perkhemahan. Untuk penggemar aktiviti-aktiviti outdoor,mereka akan lebih
suka menyewa tapak khemah.
• Menaiktaraf jalan masuk ke KAT
• Membina kemudahan meletak kereta di bawah rimbunan pohon kelapa sawit.
• Menyediakan sumber air dan bekalan elektrik terus ke KAT
• Menyediakan mountain bike untuk di sewa
• Membina papan tanda / sign board
FASA II:
Fasa II boleh dilaksanakan selepas tamat Fasa I atau boleh juga dilaksanakan di pertengahan
perlaksanaan Fasa I. Ini akan memberikan sedikit masa untuk bertapak dan membina identitinya.
Jangkamasa yang agak panjang mungkin diperlukan bagi menentukan siap sepenuhnya Projek
KAT dengan kemudahan yang serba lengkap.
• Pembinaan Homestay- cadangan sebanyak 20 buah dengan kos yangpaling rendah.
Dilengkapi dengan segala kelengkapan dan kemudahan yang sempurna untuk penginapan.
Persekitaran homestay akan dipenuhi dengan aktiviti pertanian dan kebudayaan masyarakat
setempat. Perbincangan dengan Ahli J/Kuasa Pelancongan Negeri Johor. Mencadangkan
supaya kolam mandi/renang disediakan juga untuk pengunjung sebagai daya tarikan untuk
kanak-kanak dan remaja.Di samping itu, satu bangunan perlu didirikan sebagai pusat aktiviti
dan pentadbiran di tengah-tengah KAT. Menaiktaraf kawasan KAT untuk aktiviti riadah dan istirehat.
8. CADANGAN PRODUK-PRODUK DAN AKTIVITI
Aktiviti-aktiviti di bawah boleh dijadikan produk atau pakej bagi aktiviti agrotourism seperti yang
dirancangkan mengikut kemudahan / prasarana yang dibangunkan
Aktiviti Memancing
Terbuka setiap masa (24 jam) dengan bayaran misalnya RM 5.00
sejam bagi satu joran.Perlu memastikan wujudnya faktor-faktor yang akan menarik lebih
ramai kaki pancing ke kolam
Pertandingan Memancing
Boleh dianjurkan secara berkala oleh syarikat sendiri atau atas permintaan organisasi dan
badan korporat yang berminat. Pertandingan liga antara kumpulan pemancing juga boleh
diadakan.Keuntungan boleh diperolehi dari yuran penyertaan dan hasil jualan produk pertanian.
Caj penganjuran dan sewa kolam boleh dikenakan kepada syarikat/organisasi yang berminat
Penginapan di Homestay
Cadangan supaya di bina 20 buah homestay penginapan untuk pengunjung. Kadar
penginapan seharusnya kompetitif berbanding dengan hotel-hotel yang berhampiran.
Kemudahan yang disediakan juga perlu memenuhi citarasa pengunjung Pengunjung boleh
menyertai aktiviti-aktiviti menarik yang disediakan oleh KAT. Aktiviti-Aktiviti boleh dipakejkan
dan bersesuaian dengan keadaan
Kem/khemah Motivasi, Kepimpinan, Kursus dll
KAT boleh menyediakan tapak bagi aktiviti kem motivasi,kepimpinan, team building, kursus
atau seminar-seminar biasa yang sering diadakan oleh jabatan-jabatan kerajaan, sekolah2,
universiti-universiti, syarikat swasta dll. KAT boleh menyediakan pakej dengan menyediakan
khidmat tenaga pakar atau hanya menyediakan tempat tinggal dan makan minum sahaja.
Organisasi yang berminat mungkin hanya memerlukan khemah selain makanan untuk aktiviti mereka.
Homestay/Farmstay
Pelancong boleh juga ditawarkan untuk menginap di rumah-rumah kampung terpilih dan
terlibat dengan aktiviti-aktiviti penduduk kampung serta melawat tempat tumpuan aktiviti pertanian.
Tempat tumpuan lain seperti Hutan Lipur Gunung Pulai,Mini Zoo Saleng,Hutan Bandar,Sofitel,Palm Villa
boleh dimasukkan sebagai sebahagian daripada itinerary lawatan. Pelancong juga boleh melibatkan diri
terus dalam aktiviti pertanian seperti memetik buah kelapa sawit, menoreh getah,memetik cili,jagung,
mountain biking, dll
Restoran Ikan Air Tawar Segar
Dibuka untuk kaki pancing juga untuk pelawat-pelawat dan pelancong yang singgah di KAT
Mengambil tempahan catering bagi program-program yang diadakan di KAT Pengurusan restoran
boleh diserahkan kepada penduduk kampung atau individu yang berminat untuk menyewa restoran tersebut.
Traditional Massage
Pengunjung boleh juga mendapatkan khidmat urut tradisional dari tukang urut terlatih yang disediakan di sini.
Mountain biking
Pengunjung boleh menyewa basikal untuk menyusuri jalan-jalan kampung dan tepian kebun.
10 buah basikal mountainbike perlu disediakan |