Kelebihan Baja Organik
Baja Organik PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Monday, 14 July 2008

MENU UTAMA

Baja Organik


Masyarakat Cina, Jepun dan masyarakat Asia yang lain dipercayai telah membuat baja kompos sejak 4,000 tahun yang lalu. Baja Kompos terhasil apabila bahan organik mereput dan terurai kepada bahan yang kaya dengan nutrien yang dipanggil ‘humus’ melalui haba dan respirasi yang dilakukan oleh organisma tanah seperti bakteria, cacing dan kulat.

Bahan yang boleh dijadikan baja kompos amat mudah diperoleh di kawasan sekeliling kita seperti bahan yang kaya dengan nitrogen dan karbon, kulit buah-buahan, sayur-sayuran, daun kering, najis haiwan, sisa makanan dan sebagainya.

Baja kompos mempunyai peranan yang penting bagi tanah, ia berupaya meningkatkan dan mempertahankan kesuburan sifat kimia, fizik dan biologi dalam tanah tersebut. Baja kompos juga dapat memperbaiki struktur dan lapisan tanah.  Walau bagaimanapun, hasil dari pemerhatian, penggunaan baja kompos di dalam bidang pertanian pada masa kini masih lagi pada tahap skala kecil. Ini kerana kerana mereka beranggapan nutrien yang dibekalkan baja kompos tidak setanding dengan baja kimia.

 


Vermikompos ( baja organik cacing)


Baja organik kotoran cacing tidak menyebarkan bau, bersih dari kotoran maupun serangga. Baja yang terhasil dari kotoran cacing ini sangat baik untuk tanaman sayuran, tanaman tahunan, buah-buahan dan tanaman hiasan. malahan merupakan baja organik yang mesra alam.
fakta Penggunaan vermikompos berbanding baja kimia adalah 1:3. Artinya 1 kg vermikompos bersamaan3 kg baja kimia.

Dalam proses pembuatan baja, diperlukan sisa kotoran lembu atau kerbau. Kemudian cacing ditaburkan di bahagian atas kotoran tersebut dan dibiarkan selama dua minggu. Selama itulah terjadi proses pembuatan baja, cacing mengubah kotoran yang tadinya berwarna kehijauan menjadi kehitaman.

Apabila cacing meninggalkan media kotoran maka prosesnya sudah selesai. Kemudian dikeringkan.Baja yang sebenarnya adalah kotoran cacing yang berbentuk butiran, berserat dan berwarna kehitaman.Kebaikan kegunaan baja organik kotoran cacing adalah baja ini dapat meneutralkan lebihan asid tanah dan menjadikan tanah lebih gembur. Tanah juga tidak cepat padat seperti halnya kalau memakai tinja haiwan.

Vermikompos

Baja Vermikompos adalah baja organik yang mengandungi NPK yg mudah diserap (phyto-soluble) oleh pokok, trace element, mikrob berfaedah (nitro & phoshobactors), asid humic / fulvic, ph neutral, pest repellant semulajadi, penggalak pertumbuhan/buah dll.

Aplikasi vermikompos dalam tanaman:

1. Utk sayur dedaun guna 200g/m persegi (apply 60%-70% during plough,apply          balance when young shoot sprout after 2 weeks)

2. Utk sayur berbuah jangka panjang guna 200g/m persegi (apply 60%-70% during plough, apply balance when young shoot sprout after 2 weeks). Kemudian 100g/m persegi (apply thereafter bi-monthly as carrier fertilizer)


Faktor penjimatan / keuntungan penggunaan Vermikompos:

  • Kurang pembajakan antara musim
  • Kurang masalah perosak
  • Pertambahan pengeluaran hasil
  • Mutu rasa & ketahanan hasil (rasa crunchy & shelf-life lebih lama)
  • Penjimatan dari segi pengurangan penggunaan baja setelah musim ketiga   apabila tmutu tanah sudah dapat dipulihkan kerana vermikompos memuhikan tanah agar pokok dapat menyerap nutrien dengan lebih efisien.

    sumber:
    Eudrillus (bicarajutawan)

    usahawantani.com

KELEBIHAN BAJA ORGANIK
KELUARAN BALQIS AGROTECH

 
 
MengandungiMikroorganismaBaik ( EM )
Mengandungi Sebilangan Besar Makro&Mikro Nutrien Dalam Bentuk Organik
Meningkatkan & Memperbaiki Kandungan Nutrien Di Dalam Tanah
Memperbaiki Pengudaraan & Pegangan Air Di Dalam Tanah Untuk Perkembangan Akar Yang Lebih Sihat
Mengurangkan Kemasaman Dan Keasidan Tanah
Mengandungi Kandungan Humic Asid Dan Asid Amino Serta Mikrob Berfaedah Yang Tinggi
Mengurangkan Proses Larut Resap Kehilangan Nutrien
MesraAlam 100% Organik Dan MengandungiBahanBiodegradeable
Bebas Dari Bakteria Phatogen, Parasit & Phytotoxin
Bahan Asas Terbaik Sebagai Campuran Medium Tanah
SesuaiUntukSemuaTanaman
Last Updated ( Saturday, 22 January 2011 )
 
Bio Organic Fertilizer arrow Kelebihan Baja Organik

Demi Masa...

Berita Terkini

TERKINI!!!  TAWARAN TERBUKA UNTUK MENJADI EJEN KAMI DI SARAWAK & SABAH. SILA HUBUNGI PIHAK KAMI BAGI YANG BERMINAT.TQ

 PENGUMUMAN : PELUANG MENJADI EJEN PEMASARAN PRODUK BALQIS AGROTECH BAGI PASARAN DI SEMENANJUNG MALAYSIA. BERMINAT SILA BERHUBUNG TERUS DENGAN PIHAK KAMI.
 

Facebook

Statistik Pengunjung

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini46
mod_vvisit_counterSemalam71
mod_vvisit_counterMinggu Ini527
mod_vvisit_counterBulan Ini1382
mod_vvisit_counterKeseluruhan135464